Satu
Perbandingan Persepsi antara Komuniti ‘Luar’ dan Komuniti ESSZONE
Ramli Dollah
Makalah ini bertujuan
untuk melihatperbandingan persepsi ‘orang luar’ dan juga penduduk di Pantai
Timur Sabah (atau dikenali sebagai komuniti ESSZONE) terhadap penubuhan dan
fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk terutamanya di wilayah
ESSZONE. Makalah memfokuskan kepada beberapa kawasan di gugusan Felda Sahabat,
Lahad Datu yang meliputi beberapa kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani dan
Tambisan. Makalah ini melihat bahawa ESSCOM ditubuhkan untuk menjamin
keselamatan penduduk dalam komuniti ESSZONE. Oleh itu, apapun persepsi yang
wujud mengenai penubuhan ESSCOM, makalah ini melihat ianya perlu dilihat dari perspektif
‘orang dalam’ iaitu komuniti ESSZONE sendiri. Makalah mendapati bahawa
penubuhan ESSCOM adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di
kawasan terbabit. Persepsi ini berbeza dengan persepsi sebahagian masyarakat
luar yang melihat penubuhan ESSCOMsebagai satu ‘pembaziran’, ‘projek gajah
putih’ dan ‘patut dibubarkan’.Dalam menyiapkan makalah ini, kaedah temubual dan
borang soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data di samping kaedah
penyelidikan arkib, internet dan perpustakaan digunakan bagi menyokong hujah
yang dinyatakan.
Kata kunci: ESSCOM,ESSZONE,keselamatan,
Lahad Datu, komuniti, persepsi.
Pengenalan
Sejak penubuhan Eastern Sabah Security Command(ESSCOM) pada tahun 2013,terdapat pelbagai
persepsi dan pandangan penduduk ke atas penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam
menjamin keselamatan penduduk. Dengan jumlah perbelanjaan yang tinggi setiap
tahun diberikan kepada organisasi ini dan kegagalan ESSCOM dalam menyelesaikan
beberapa masalah penculikan di kawasan terbabit, menyebabkan organisasi ini
dilihat sebagai gagal berfungsi dan mencapai matlamat penubuhannya. Malahan terdapat
kumpulan, terutamanya daripada masyarakat luar seperti ahli politik, warga
internet atau masyarakat bandar yang melihat bahawa ESSCOM sebagai ‘projek
gajah putih’ yang hanya merugikan negara kerana jumlah perbelanjaan yang besar
terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai badan ini terutamanya dalam
menangani masalah di kawasan Eastern Sabah
Security Zone atau Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE). Namun bagi
penulis, persepsi komuniti ‘luar’ ini tidak cukup dalam memahami dan menghukum
ESSCOM kerana persepsi masyarakat dalam wilayah ESSZONE, di mana ESSCOM ini
ditubuhkan juga perlu dilihat untuk memahami isu ini secara menyeluruh. Penulis
melihat bahawa hanya apabila komuniti ESSZONE ini melihat bahawa ESSCOM gagal mencapai
fungsi dan matlamat penubuhannya, maka ia boleh dianggap sebagai kegagalan
badan ini dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit.
Untuk tujuan tersebut, makalah ini
membincangkan mengenai persepsi dalam kalangan komuniti ‘luar’ dan komuniti ESSZONE
terhadap fungsi dan peranan ESSCOM dalam menjamin keselamatan di kawasan
terbabit daripada ancaman luar. Bagi memudahkan perbincangan, makalah ini akan
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pertama, melihat mengenai latar belakang
ESSCOM dan ESSZONE; kedua, melihat persepsi penubuhan serta fungsi dan peranan ESSCOM
dalam menjamin keselamatan negeri Sabah terutamanya dalam kalangan komuniti
‘luar’; ketiga, melihat persepsi dalam kalangan komuniti ESSZONE terhadap
peranan dan fungsi ESSCOM dan akhir sekali kesimpulan.
Persepsi
dan Politik Malaysia
Secara umumnya,
persepsi boleh dikatakan sebagai pandangan individu terhadap persekitaran yang
didorong oleh persekitarannya. Dengan kata lain, persepsi adalah pandangan
berdasarkan apa yang kita lihat terhadap persekitaran dan juga melalui
pengalaman.[2]
Selain itu, persepsi juga didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (melalui pancaindera) atau
tanggapan.[3]
Antara lain ialah persepsi pada kebiasaannya melihat bagaimana individu
mempunyai pandangan yang berbeza ke atas sesuatu peristiwa atau keadaan yang
mungkin sama. Sesuatu yang baik bagi seseorang tidak semestinya baik bagi orang
lain yang menilainya. Keadaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
misalnya faktor individu yang memberikan penilaian tersebut, objek atau individu
yang dinilai dan situasi semasa atau konteks yang berlaku semasa penilaian
tersebut dibuat.[4]
Oleh itu, makalah ini berhujah bahawa persepsi adalah satu tindakan atau reaksi
memilih, mengurus dan mentafsir sesuatu peristiwa atau keadaan di persekitaran
manusia berdasarkan rangsangan yang diterima hasil daripada pengalaman,
pengetahuan, dan persekitaran di sekeliling mereka.
Dalam konteks
politik Malaysia pada hari ini, pengukuran persepsi sangat penting dalam
memahami penerimaan sesuatu dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan.
Malahan dalam banyak keadaan, persepsi ini kelak akan dijadikan ukuran dalam
menilai sama ada sesuatu dasar tersebut diterima oleh masyarakat umum atau
tidak. Masalah yang berlaku dalam menilai persepsi ini adalah berkait dengan
persoalan metodologi, terutamanya dalam menentukan kumpulan sasaran terhadap
sesuatu dasar tersebut. Dalam hal ini, penulis melihat bahawa ESSCOM diwujudkan
untuk memenuhi keperluan keselamatan kepada komuniti ESSZONE, oleh itu adalah
wajar untuk melihat persepsi, pandangan atau pendapat komuniti ESSZONE terhadap
fungsi, peranan dan keberkesanan ESSCOM dalam menjamin keselamatan negeri Sabah.
Makalah ini melihat bahawa persepsi dalam kalangan komuniti ESSZONE merupakan
elemen yang perlu diberikan perhatian khusus dalam menilai keberkesanan fungsi
dan peranan ESSCOM dalam menangani isu keselamatan yang berlaku di kawasan
pantai timur Sabah. Namun, bagi melihat persepsi mengenai ESSCOM ini daripada
sudut yang menyeluruh, makalah ini akan melihat perbandangan persepsi
masyarakat mengenai fungsi dan peranan ESSCOM dalam kalangan komuniti ‘luar’dan
juga komuniti ESSZONE sendiri.
Penubuhan
ESSCOM dan langkah memperkasa ESSZONE
Lanjutan daripada peristiwa pencerobohan
Tanduo, pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa
lawatannya ke Lahad Datu, mengiyistaharkan Kawasan Pantai Timur Sabah sebagai
‘Kawasan Keselamatan Khas’ (SSA - Special
Security Area). Seterusnya dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman pada 11
Mac menyetujui untuk menukarkan nama SSA kepada kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).[5]
ESSCOM yang berpusat di Lahad Datu ini menjadi merupakan pusat kepada kawasan
operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12
Februari 2013. Selepas insiden Tanduo, ESSCOM bertanggungjawab mengkoordinasi
operasi, pengumpulan maklumat risikan, pengendalian aset-aset keselamatan,
pengurusan anggota-anggota keselamatan dan memastikan kawasan perairan Sabah
selamat dari ancaman luar.[6]
ESSCOM mengabungkan beberapa agensi keselamatan di bawah satu payung. Antara
agensi yang terlibat adalah seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis
diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam
diraja Malaysia dan Imigresen yang diletak di bawah satu pentadbiran dan arahan
pusat yang sama.
Lanjutan
daripada penubuhan ESSCOM yang dilihat bakal memberikan jaminan keselamatan
kepada penduduk di kawasan pantai Timur Sabah, maka pada 25 Mac 2013, Perdana
Menteri Najib Tun Razak, dalam ucapannya di Pusat Latihan Polis (Pulapol)
sempena peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, mengumumkan pewujudan Zon
Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah
Security Zone (ESSZONE) yang meliputi 10 daerah di Pantai Timur Sabah.[7]
Antara kawasan yang terlibat dalam ESSZONE ini meliputi daerah Kudat, Kota
Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan
Tawau. Penduduk dan masyarakat yang berada dalam wilayah ESSZONE ini dikenali
sebagai komuniti ESSZONE.[8]
Kewujudan wilayah ESSZONE selaras dengan situasi perairan pantai timur Sabah
yang terdedah dengan ancaman keselamatan yang wujud dari kawasan selatan
Filipina. Ini dijelaskan sendiri oleh Penglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada tahun 2013 yang menyatakan bahawa ‘Accusations that ESSCOM and ESSZONE were
created for political interests are very counter-productive. Its main
objectives are to ensure security and protect the interests of the people’.[9]Rajah
di bawah menunjukkan kawasan-kawasan di Pantai Timur Sabah yang terlibat dalam
pengawalan ESSCOM.
Rajah: Kedudukan Pantai Timur Sabah
Sumber:
James
Collins, Ramli Dollah & Zaini Othman, “Pengaruh
Persekitaran Fizikal Geografi Terhadap Keterancaman Persempadanan Pantai Timur
Sabah”, manuskrip yang tidak diterbitkan, 2014
Bagi
memastikan kejayaan ESSCOM, kerajaan menggariskan beberapa perkara penting yang
perlu diambil untuk memastikan kejayaan organisasi tersebut dalam mencapai
matlamatnya. Pada April 2013 misalnya, Najib menggariskan empat perkara penting
bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan ESSCOM dalam memberikan perlindungan
kepada komuniti ESSZONE. Empat elemen tersebut adalah pertama, meningkatkan
kemampuan perisikan; kedua, pemantauan pengawalan pantai untuk 24-jam sehari;
ketiga, meningkatkan kemampuan Negara untuk memintas sebarang ancaman dari laut
dan keempat, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dengan tindakan pantas ke
atas ancaman tersebut.[10]
Selain
itu, untuk tujuan memperkasakan ESSCOM dan keselamatan di wilayah ESSZONE,
beberapa inisitif telah dilakukan oleh kerajaan. Dalam bajet 2014 misalnya, ESSCOM
mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta bagi tujuan pengurusan dan
RM2.4 juta untuk membeli peralatan dan kelengkapan pertahanan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Manakala dalam bajet tahun 2015, kerajaan memperuntukkan
sebanyak RM17.7 billion ringgit untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
sementara sebanyak RM9.1 billion ringgit diperuntukkan untuk Polis Diraja
Malaysia. Sejumlah RM804 juta juga diperuntukkan kepada Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) bagi mengukuhkan penguatkuasaan maritim.[11] Selain itu, dalam Bajet 2015 juga kerajaan telah memperuntukkan
RM660 juta untuk menubuhkan dua batalion baru iaitu Kem Batalion PGA PDRM akan
ditubuhkan kawasan ESSZONE iaitu di Beluran, Sandakan dan Kem batalion Tentera
Darat akan ditubuhkan di FELDA Sahabat.[12] Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM230 juta
untuk menggunakan satu pelantar minyak yang diubahsuai dan sebuah kapal auxiliary sebagai Sea basing di perairan ESSZONE melalui program tanggungjawab sosial
atau CSR Petronas. Sebagai tambahan,
untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, kerajaan akan
memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron
Hawk dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
Isu dana atau
belanjawan untuk ESSCOM ini menjadi semakin sensasi apabila insiden penculikan terus
berlaku di wilayah ESSZONE walaupun beberapa usaha telah dilakukan untuk
memperkasakan ESSCOM. Pada 15 November 2013 misalnya, Hsu Li Min, 57 tahun
seorang pelancong dari Taiwan telah ditemui mati dengan dua kesan tembakan di
dadanya di pusat peranginan di Pulau Pom-Pom, Semporna. Manakala teman
wanitanya, Chang An Wei, 58 tahun telah diculik dan dijadikan tebusan kumpulan
penculik yang dipercayai dari selatan Filipina. Chang kemudiannya dibebaskan
pada bulan Disember selepas sejumlah wang tebusan dibayar kepada penculik.[13]Akhbar
Taiwan menganggarkan bahawa sejumlah RM80,000 (12 juta Peso atau 8 juta dollar
Taiwan dollars) wang tebusan telah dibayar kepada penculik.[14]Kemudiannya
pada 2 April 2014, berlaku satu lagi kes penculikan yang membabitkan Gao
Huayun, pelancong dari negara China dan seorang pekerja Filipina, Marcy Dayawan
diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata di resort Singamata, Semporna. Keadaan
ini tidak tamat di situ sahaja kerana kes penculikan terus berlaku di kawasan
ESSZONE walaupun berlakunya peningkatan kelengkapan dan belanjawan oleh
kerajaan untuk memperkasakan ESSCOM. Pada 7 Mei 2014 misalnya, Yang Zailin, seorang
warganegara China yang merupakan pengurus penternakan ikan di pulau Baik, Lahad
Datu dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata dipercayai dibawa ke selatan Filipina.[15]
Pada 16 Jun, kumpulan
bersenjata ini menyerang ladang ikan di Kampung Sapang, Kunak dan menculik
pengurus syarikat, Chan Sai Chuin, 32.[16]Lebih
membimbangkan apabila, bukan sahaja pelancong yang menjadi tawanan kumpulan
ini, tetapi juga para pegawai polis turut menjadi mangsa kepada kumpulan
bersenjata ini. Misalnya pada 12 Julai 2014,
Kopral Ab Rajah Jamuan ditembak mati manakala rakan sejawatnya Konstable
Zakiah Aleip, diculik dari pusat peranginan di Mabul Water Bungalows Resort, Semporna. Lanjutan daripada persitiwa
tersebut, kerajaan bertindak mengenakan perintah berkurung di enam kawasan
perairan di pantai timur Sabah ini bagi mengekang kehadiran kumpulan bersenjata
seperti ini.Perintah berkurung yang berlangsung di kawasan perairan ESSZONE ini
telah berlangsung sejak 19 Julai 2014 yang bermatlamat untuk membolehkan pihak
berkuasa mengawal kawasan ini secara lebih ketat bagi mengelakkan berlakunya
penculikan di kawasan terbabit.[17]
Persepsi Masyarakat ‘Luar’ Tentang penubuhan dan
Keberkesanan ESSCOM
Semasa
pengumuman mengenai penubuhan ESSCOM, ramai pihak menyambut baik cadangan
penubuhannya dalam menjamin keselamatan komuniti ESSZONE. Hal ini kerana,
selepas peristiwa Tanduo pada tahun 2013, keperluan terhadap keselamatan di
Sabah dilihat sangat mendesak. Perkara ini dipersetujui oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur yang berkata kehadiran
pasukan keselamatan di Lahad Datu akan meningkatkan keyakinan masyarakat
terhadap keselamatan mereka.[18]
Malahan hal yang sama turut diakui oleh pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain di
Malaysia, Ray Kyles pada September 2014 yang melihat penubuhan ini merupakan
langkah bijak kerajaan Malaysia dalam berhadapan dengan ancaman luar.[19]
Hal yang sama turut diakui oleh beberapa penduduk yang ditemubual di Lahad
Datu, lokasi kejadian insiden Tanduo. Salah seorang daripada individu yang
ditemubual adalah Tuara Mol (60 tahun) yang menyatakan bahawa semenjak
pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 2013, kehidupan penduduk di Lahad
Datu tidak lagi tenteram. Setiap hari mereka merasa tidak selesa dan rasa
bimbang akan keselamatan mereka. Oleh itu, perasaan bimbang akan wujudnya
ancaman seperti insiden ini dapat dikurangkan sekurang-kurangnya melalui
kehadiran anggota keselamatan dan tentera di kawasan terbabit.
Namun, pandangan
Tuara ini mungkin tidak dikongsi oleh ramai pihak terutamanya oleh
penduduk-penduduk yang bukan berasal dari kawasan ini. Dalam tulisan ini,
kumpulan tersebut dikenali sebagai ‘orang luar’. Dalam hal ini, terdapat
sesetangah pihak luar ini yang melihat penubuhan ESSCOM ini sebagai sesuatu
yang tidak perlu, dipandang serong malahan diperlekehkan oleh sesetengah pihak.
Persepsi seperti ini adalah jelas dalam kalangan penduduk yang mendiami kawasan
bandar, komuniti internet, ahli politik dan sebagainya. Sesetengah pihak
melihat bahawa ESSCOM hanyalah merupakan langkah jangka pendek untuk menjamin
keselamatan negeri Sabah.[20]
Pandangan ini diutarakan kerana dari aspek ekonomi di mana kehadiran pasukan
keselamatan terutamanya di kawasan pelancongan adalah petanda yang tidak baik
berkenaan keselamatan di kawasan tersebut. In jelas terutamanya apabila
berlakunya penurunan jumlah pelancong di negeri Sabah, terutamanya di kawasan
pantai timur Sabah akibat daripada keadaan yang berlaku ini.[21]
Akibatnya ESSCOM
dikritik sebagai satu kegagalan dalam mengurusakan keselamatan kepada Negara. Pada
November 2013, pengerusi State Reform Party
(STAR), Jeffrey Kitingan ketika mengkritik penubuhan ESSCOM ini berhujah bahawa
kerajaan gagal dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan ini.Sambil
memandang rendah penubuhan ESSCOM ini, beliau berkata ‘With the creation of Esscom, the placement of seven battalions, the
government is saying we are very secure, (but) where is the security? … It
shows that this measure taken has not been effective’.[22]
Sementara itu, ahli parlimen Penampang, Sabah dari PKR, Darell Leiking
menyatakan bahawa kegagalan mengekang isu penculikan ini menyebabkan penubuhan ESSCOM
dianggap sebagai ‘total failure’
dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit.[23]
Dalam masa yang
sama, Lim Guang Eng, Menteri Besar Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP
menyatakan bahawa kegagalan mengekang beberapa siri insiden penculikan di
Pantai Timur Sabah merupakan kegagalan besar kerajaan dan kegagalan ESSCOM
sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mempertahankan negara ini. Menurut
beliau,
‘No amount of
damage control or spinning by the Barisan Nasional government can hide the fact
that Esscom's attempts at maintaining security have failed miserably’.[24]
Selain itu, lanjutan daripada insiden yang berlaku pada April
2014, beberapa orang ahli Parlimen misalnya Jimmy Wong Sze Phin, ahli parlimen
Kota Kinabalu dan ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt dalam satu
kenyataan bersama di parlimen menyatakan bagaimana ESSCOM ini sebagai satu kegagalan
kepada negara dalam menjamin keselamatan nasional Malaysia. Menurut mereka;
‘…. with such a huge allocation how come ESSCOM failed,
again? … an armed men easily enter Sabah borders, kidnap hostages and leave
without being noticed? … How come Malaysian security units did not notice the
offensive approach of these armed men? ... …. If the sovereignty of Sabah is
easily challenged and offended despite the existence of ESSCOM then it means
ESSCOM’s entire security has failed… We cannot accept these repeated kidnapping
incidents and it clearly shows the credibility of ESSCOM is highly doubtful’.[25]
Dalam masa yang
sama, Chan Foong Hin, Timbalan Pengerusi DAP Sabah & wakil rakyat Sri
Tanjong mengkritik perbelanjaan besar oleh kerajaan melalui penubuhan ESSCOM
sebagai satu kegagalan besar negara dalam menjaga dan menjamin keselamatan dan
kedaulatan negara,
‘A total of
RM286 million has been allocated in previous budget as announced by PM, Datuk
Seri Najib Razak, and 62 checkpoints are said to be upgraded but what finally
demonstrated to the public and international society is, total failure of
ESSCOM’.[26]
Seterusnya Lim
Kit Siang, pengerusi DAP semasa membidas kelemahan ESSCOM lanjutan daripada
penculikan warga asing di Pulau Singgahmata, Semporna menyatakan bahawa badan
keselamatan yang menelan belanja beratus juta ringit ini perlu ditutup kerana
gagal dalam mencapai matlamat penbuhannya.
Menurut beliau,
‘The Esscom might
as well close down if after the Malaysian taxpayers spending RM300 million on
it, all it could do is to admit that it is ‘powerless’ following the abduction
of two women from a resort off Semporna on Wednesday.... Sabah and Malaysia do
not need a RM300 million ‘white elephant’’.[27]
Hal yang sama
turut dikongsi oleh ahli parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt yang menyatakan,
‘…
walaupun diberi peruntukan RM200 juta, disuntik tambahan RM75 juta dalam ajet
2014 dan RM11 juta untuk baik pulih 65 pos keselamatan, namun tidak ada
sebarang perubahan berlaku. Jika berterusan begini, saya cadang ia ditutup saja’.[28]
Selain itu,
empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) iaitu Lim Kit Siang, Jimmy Wong (DAP -
Kota Kinabalu), Stephen Wong (DAP - Sandakan) dan Laksamana Pertama (Bersara)
Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR - Lumut) melihat penubuhan ESSCOM sebagai ‘gajah
putih’ lanjutan daripada kegagalan mengawal masalah yang berlaku di kawasan
tersebut.[29]Bukan setakat itu,
terdapat juga ahli-ahli Parlimen BN yang menentang dan meminta agar ESSCOM ini
dibubarkan kerana gagal dalam misinya mempertahankan keselamatan negeri Sabah.[30] Ghapur Salleh,
ahli parlimen Kalabakan misalnya menyatakan ESSCOM juga perlu dibubarkan kerana
ianya tidak mampu menangani masalah pencerobohan di perairan negeri itu.
Menurut beliau, ‘ESSCOM ini tidak sukses. Jadi saya cadangkan kepada Perdana
Menteri agar bubarkan ESSCOM’.[31]Hal yang sama turut diutarakan oleh Datuk Marsidi Manjun, Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah yang melihat bahawa kerajaan
perlu menilai semula peranan dan fungsi ESSCOM bagi memastikan badan ini dapat
menangani insiden keselamatan dengan lebih berkesan.[32]Selain itu, Ketua
Pemuda Pusat MCA, Chong Sin Woon, dalam kenyataan media beliaupada Mei 2014
turut mengecam ESSCOM dan mencadangkan agar institusi ini ‘ditutup’ kerana
gagal dalam mengekang kes penculikan di kawasan ini.[33]Manakala pada Julai
2014, Lajim Ukin, seorang lagi wakil
rakyat PKR Sabah turut menyatakan bahawa kejadian penculikan yang berulang
memberikan gambaran bahawa ESSCOM gagal berfungsi dan mencapai matlamat
penubuhannya.[34]
Bukan
setakat itu, persepsi negatif ini juga turut dikongsi terutamanya dalam
kalangan komuniti internet yang rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan dan
kemampuan ESSCOM dalam menangani masalah yang berlaku. Dalam ruangan komentar
di beberapa laporan mengeni insiden penculikan yang berlaku di kawasan ESSZONE
ini, menunjukkan dengan jelas akan kekecewaan para pembaca terhadap dasar-dasar
dan strategi yang diambil oleh ESSCOM dalam menangani masalah penculikan di wilayah
ESSZONE ini. Pelbagai pandangan boleh dilihat dalam hal ini antaranya yang
melihat ESSCOM sebagai ‘satu kegagalan’, ‘perlu ditutup’, ‘pembaziran wang
negara’, ‘inappropriate and incapable’
serta beberapa gambaran lain untuk menunjukkan kegagalan ESSCOM dalam menjamin
keselamatan negara. Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada
komentar-komentar yang diberikan oleh para pembaca di ruangan maya, akhbar-akhbar
atas talian dan laporan atas talian mengenai isu ini.
Gambar: Komentar Mengenai Penubuhan ESSCOM
Sumber:
“ESSCOM failed, DG must go”, The
Free Malaysia Today, 3 April 2014
Keadaan
yang sama turut boleh dilihat didalam ruangan komuniti maya Facebook yang menjadikan saluran ini
sebagai ruang untuk mengkritik kerajaan dan ESSCOM. Pelbagai luahan, pandangan
dan kritikan diberikan kepada ESSCOM dan majoritinya adalah bersifat negatif. Salah
seorang pengguna facebook misalnya melihat ESSCOM adalah satu pembaziran dan
menghabiskan duit rakyat. Luahan hati ini dapat dilihat dalam Gambar 1.
Gambar:
Luahan komuniti Internet yang melihat ESSCOM satu kegagalan
Oleh itu, jelas
menunjukkan walaupun terdapat beberapa pihak ‘luar’ yang melihat kejayaan dan
kemampuan ESSCOM dalam mengurusakan keselamatan di Pantai Timur Sabah, namun majoriti
daripada kumpulan ini melihat penubuhan ESSCOM sebagai satu kegagalanbesar kepada
negara. Ini kerana penubuhan ESSCOM dilihat gagal dalam mencapai matlamat untuk
mengekang dan menghentikan aktiviti penculikan yang mengancam ketenteraman di
kawasan ESSZONE. Ini menunjukkan bahawa dalam kalangan masyarakat luar ini,
kegagalan ESSCOM dalam menangani masalah penculikan di negara ini merupakan
satu kegagalan kepada badan tersebut dan ia turut merupakan kerugian bagi negara
dalam menangani masalah yang berlaku di kawasan ini.
Persepsi
Komuniti ESSZONE Terhadap Penubuhan dan Fungsi ESSCOM
Berdasarkan
kepada dapatan di atas didapati bahawa majoriti komuniti ‘luar’ ini melihat
ESSCOM sebagai gagal dalam menjamin keselamatan negeri Sabah, terutamanya di wilayah
ESSZONE. Namun, dapatan kajian di lapangan menunjukkan dapatan yang berbeza. Berdasarkan
kepada kajian yang dijalankan di gugusan Felda Sahabat[35]
yang meliputi kawasan-kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani, Tambisan dan
kawasan-kawasan sekitarnya mendapati bahawa terdapat persepsi yang berbeza
mengenai penubuhan ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan ini.[36]
Jika persepsi ‘orang luar’ seperti yang ditunjukkan di atas melihat ESSCOM
sebagai satu kegagalan kepada kerajaan dalam menguruskan keselamatan di wilayah
ESSZONE, dapatan kajian di Lahad Datu menunjukkan bahawa majoriti penduduk di
kawasan ini yakin bahawa penubuhan ESSCOM akan memberikan banyak kebaikan daripada
keburukan terutamanya dalam memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk di
kawasan ini daripada ancaman luaran.
Makalah ini
melihat bahawa perkara yang paling asas dalam menilai mengenai persepsi dalam
kalangan komuniti ESSZONE di Lahad Datu adalah melalui pengetahuan mereka
mengenai ESSCOM itu sendiri. Aspek pengetahuan mengenai ESSCOM adalah penting
terhadap komuniti ESSZONE kerana ESSCOM ditubuhkan untuk masyarakat di kawasan
ini. Oleh itu sebarang aktiviti yang dijalankan untuk kepentingan mereka,
komuniti di kawasan ini sepatutnya menjadi kumpulan pertama yang perlu
mengetahui mengenai perkara tersebut. Oleh itu, penulis melihat bahawa,
kegagalan mereka memahami dan mengetahui hal ini akan menjadikan sebarang
aktiviti yang dirancangkan oleh kerajaan tersebut adalah sia-sia. Dengan kata
lain, penubuhan ESSCOM hanya dilihat bermakna apabila penduduk di kawasan ini
mengetahui mengenai fungsi dan peranan ESSCOM.
Secara amnya, persepsi
komuniti di kawasan gugusan Felda Sahabat ini terhadap penubuhan dan fungsi
ESSCOM dikumpul melalui borang soal selidik. Dalam hal ini, sebanyak 72 borang soal
selidik telah diedarkan kepada penduduk-penduduk di kawasan ini. Di samping
itu, beberapa siri temubual juga telah diadakan dengan penduduk bagi menyokong pandangan-pandangan
yang diberikan mengenai persepsi mereka terhadap penubuhan dan fungsi ESSCOM. Responden
yang dipilihberasal daripada tiga petempatan iaitu di petempatan FELDA Sahabat,
Lok Buani dan Tambisan. Ketiga-tiga petempatan ini berada di Lahad Datu.Daripada
72 orang responden, sebanyak 75 peratus responden berasal dari petempatan FELDA
Sahabat, 18.1 peratus dari Lok Buani dan 6.9 peratus dari Tambisan. Bagi aspek
jantina, sebanyak 80.6 peratus responden yang ditemui adalah lelaki manakala
sebanyak 19.4 peratus adalah wanita. Dari aspek kategori umur, sebanyak 31.9
peratus responden berumur kurang dari 30
tahun, 22.2 peratus responden berumur 31 hingga 39 tahun, 26.4 peratus
responden berumur 40 hingga 49 tahun dan 19.4 peratus responden berumur lebih
dari 50 tahun.
Dari sudut
etnik, sebanyak 44.4 peratus responden terdiri daripada etnik Bajau, Suluk (11.1
peratus), Bugis (5.6 peratus), Dusun/Kadazan (6.9 peratus) dan 68.1 peratus
terdiri daripada etnik-etnik lain. Dari aspek pekerjaan, sebanyak 40.3 peratus
responden bekerja dalam sector kerajaan, 41.7 peratusbekerja sendiri dan 18.1
peratus tidak bekerja. Berkerja dalam sector kerajaan merujuk kepada sector perkilangan
dan perladangan di syarikat FELDA.Bekerja sendiri pula meliputi aktiviti-aktiviti
ekonomi dalam dalam sektor perikanan, perniagan, mengusaha ladang dan
pertanian. Manakala dari aspek pendapatan, 45.8 peratus responden berpendapatan
kurang dari RM 1000, 48.6 peratus responden mempunyai pendapatan antara RM1000
hingga RM2000 dan hanya 5.6 peratus sahaja responden yang mempunyai berpendapatan
antara RM2000 hingga RM3000.
Berdasarkan kepada
kajian yang dijalankan di Lahad Datu ini, didapati bahawa sebanyak 72.22
peratus responden mengetahui mengenai penubuhan ESSCOM. Ini menunjukkan
majoriti responden mengetahui mengenai pelaksanaan ESSCOM. Manakala sebanyak
27.78 peratus responden tidak pasti atau tidak pernah mendengar mengenai
ESSCOM. Ini menunjukkan maklumat mengenai penubuhan ESSCOM masih belum sampai
ke akar umbi. Selain itu, walaupun hakikatnya penduduk di kawasan in mengetahui
mengenai kehadiran pihak tentera, polis dan pihak berkuasa lain selepas insiden
Tanduo, namun mereka melihat bahawa kehadiran penguatkuasa tersebut adalah
sementara dan tidak akan kekal di kawasan terbabit.
Dalam hal ini
tidak dapat dinafikan bahawa pandangan penduduk di kawasan terbabit mengenai
harapan mereka terhadap penubuhan ESSCOM adalah sangat tinggi. Beberapa
penduduk yang ditanya misalnya menyatakan mereka sangat-sangat memerlukan
jaminan keselamatan seperti yang diberikan oleh ESSCOM.En. Saharani, generasi
pertama peneroka Felda sendiri menyatakan beliau menjadi orang pertama yang
akan ‘membangkang’ sekiranya terdapat pihak yang menyatakan bahawa ESSCOM gagal
dalam mencapai matlamat penubuhannya. Beliau menyatakan bahawa masyarakat luar
‘tidak faham akan trauma dan ketakutan penduduk di kawasan ini akibat daripada
peristiwa Tanduo’ sambil menyifatkan kehadiran ESSCOM sebagai ‘satu rahmat dan
memberikan semangat dan harapan baru’ kepada penduduk di kawasan ini.[37]
Hal yang sama turut dikongsi oleh beberapa orang penduduk di kawasan ini yang
melihat tentang perlunya kehadiran pihak keselamatan di kawasan ini bagi
menjamin keselamatan penduduk.
En, Markus, seorang
peneroka Felda Sahabat apabila mengambarkan penubuhan ESSCOM sebagai sejarah
kepada penduduk Felda kerana sepanjang beliau berada di kawasan ini tidak
pernah berlaku dalam sejarah Felda di mana kerajaan mengambil berat mengenai
keselamatan penduduk di kawasan ini.[38]
Malahan, En. Kamal, seorang pengusaha gerai makanan di kawasan ini menyatakan
bahawa penduduk di kawasan ini kini bebas untuk bergerak tanpa wujudnya rasa
bimbang yang keselamatan mereka akan diganggu.[39]Walau
bagimanapun, dalam kalangan komuniti nelayan terutamanya yang tinggal di
Tambisan pulau[40],
majoritinya mempunyai persepsi yang agak berbeza dengan persepsi di
kawasan-kawasan lain. Dalam hal ini mereka melihat bahawa penubuhan ESSCOM
menganggu aktiviti ekonomi penduduk di kawasan ini terutamanya apabila penduduk
tidak dibenarkan untuk keluar menangkap ikan pada waktu malam. Beberapa orang penduduk
yang ditemui di kawasan ini melihat bahawa walaupun ESSCOM penting kepada
keselamatan penduduk di kawasan ini, namun aktiviti ekonomi penduduk yang
menjadi ‘periuk nasi’ masyarakat kampungperlu menjadi prioriti utama. Ini
kerana, akibat dasar-dasar yang diijalankan oleh ESSCOM, misalnya perintah
berkurung menyebabbakan berlakunya kesukaran penduduk untuk meningkatkan pendapatan
mereka kerana mereka tidak dibenarkan untuk bergerak ke laut lepas pada waktu
malam. Akibatnya, walaupunESSCOM dilihat sebagai penting dalam menjamin
keselamatan, namun ia juga dilihat sebagai halangan kepada penduduk untuk meneruskan
kelangsungan hidup mereka sebagai nelayan dan dalam masa yang sama menyukarkan
kehidupan pnduduk di kawasan ini yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti
kelautan.[41]
Di samping itu, walaupun majoriti daripada responden yang
ditanya mengetahui mengenai penubuhan ESSCOM, namun daripada aspek kefahaman
mereka mengenai organisasi ini adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Dalam
hal ini, sejumlah 45.9 peratus responden yang ditanya menyatakan bahawa ESSCOM merupakan
‘anggota keselamatan’ (bukannya institusi) yang menjamin keselamatan wilayah
ESSZONE. Namun, anggota keselamatan yang mereka nyatakan adalah pelbagai
seperti anggota polis yang baru, anggota keselamatan yang baru, pengawal
pantai, pengawal keselamatan dan lain-lain. Selain itu, sebanyak 22.4 peratus responden
menyatakan bahawa peranan ESSCOM sebagai satu badan yang hanya akan menjaga keselamatan
perairan Sabah sahaja dan tidak akan menjaga keselamatan di kawasan daratan. Berdasarkan
kepada respon dan jawapan ini, jelas menunjukkan bahawa pengetahuan penduduk mengenai
ESSCOM ini tidak mendalam. Ini kerana tahap pendidikan penduduk di kawasan ini
yang relatifnya rendah menyebabkan mereka tidak mengetahui atau tidak berminat
untuk mengetahui mengenai keadaan terbabit.Ini
ditambah lagi dengan aktiviti ekonomi penduduk di kawasan ini yang majoritinya
adalah tertumpu kepada aktiviti perladangan. Oleh itu, kehadiran ESSCOM dilihat
tidak memberikan kesan kepada ekonomi penduduk di kawasan ini. Berbanding
dengan kumpulan masyarakat yang tertumpu kepada aktivti perikanan, masyarakat
yang terlibat dalam aktiviti ekonomi ini tidak ingin mengetahui secara mendalam
mengenai ESSCOM kerana ia tidak menyangkut dengan aktiviti ekonomi mereka.
Selepas
berlakunya insiden Tanduo, kehadiran pihak berkuasa adalah sangat tinggi di
kawasan ii. Malahan adalah menjadi perkara biasa di kawasan ini apabila melihat
kehadiran kereta perisai, kereta kebal dan kelengkapan tentera di kawasan
penduduk.[42]
Oleh kerana jumlah kehadiran tentera dan pihak berkuasa lain di kawasan ini
adalah sangat tinggi, maka kajian turut menumpukan kepada persepsi masyarakat
penduduk terhadap kehadiran pihak berkuasa di kawasan mereka.
Penilaian
terhadap persepsi kehadiran anggota keselamatan di kawasan responden adalah
penting untuk menilai sejauh mana penerimaan responden terhadap penubuhan dan
fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk. Dapatan kajian mendapati
bahawa hanya terdapat 7 peratus responden sahaja yang tidak bersetuju dengan
kehadiran pihak tentera di kawasan mereka. Dengan kata lain lebih kurang 93.06
peratus responden bersetuju bahawa kehadiran pihak berkuasa di kawasan mereka
ini banyak menimbulkan rasa selamat dalam kalangan penduduk. Mereka melihat bahawa
kehadiran anggota keselamatan ini tidak menyusahkan penduduk disebabkan
kehadiran anggota keselamatan tidak mengganggu aktiviti ekonomi penduduk di
kawasan ini. Hal ini kerana, pekerjaan utama responden terdiri daripada yang
bekerja kerajaan (40.3 peratus),bekerja sendiri (41.7 peratus) dan tidak
bekerja (18.1 peratus). Bekerja kerajaan merujuk kepada perkilangan dan
perladangan manakala bekerja sendiri pula adalah seperti terlibat dalam
perikanan, mengusahakan ladang sendiri dan berniaga.Kajian turut mendapati
bahawa aktiviti perladangan dan perkilangan tertumpu di petempatan FELDA dan
Lok Buani. Manakala ekonomi utama di Tambisan adalah lebih kepada aktiviti perikanan.
Kebanyakan aktiviti tentera seperti rondaan, latihan dan penguatkuasaan
dikawasan responden tidak menggangu aktiviti ekonomi responden. Hanya penduduk
yang terlibat dengan aktiviti perikanan terjejas sedikit apabila perintah
berkurung dilaksanakan.[43]Namun
aktiviti perikanan masih boleh dijalankan dengan memohon permit daripada
kerajaan.
Berdasarkan
kepada responyang diberikan oleh penduduk di kawasan ini turut mendapati bahawa
kehadiran anggota keselamatan di kawasan ini adalah sangat penting. Sebanyak
91.66 peratus responden sangat mengharapkan kehadiran polis/tentera di kawasan
terbabit kerana ia banyak membawa kebaikan kepada penduduk di kawasan ini. Kehadiran
pihak berkuasa ini sangat diperlukan kerana pengalaman insiden pencerobohan
Tanduo 2013 menyebabakan penduduk di kawasan ini berasa trauma jika persitiwa
ini berulang semula. Selain itu, dari segi sejarahnya, wilayah gugusan Felda
Sahabat merupakan ‘kawasan hitam’ sejak daulu lagi kerana terkenal dengan
aktiviti pelanunan yang seringkali menimbulkan ancaman keselamatan nyawa dan
harta benda kepada penduduk di kawasan ini.[44]Sebagai
contoh pada tahun 1992 apabila berlaku serangan di wilayah Dengan (salah satu
kawasan yang berada di bawah gugusan Felda Sahabat) menyebabkan terdapat
penduduk kampung yang kehilangan tangan akibat diserang oleh lanun atau Mundu
ini.[45]Malahan,
sejak tahun 1962 sehingga tahun 2014, kawasan perairan di wilayah Lahad Datu
tidak pernah lekang dari ancaman keselamatan seperti rompakan, penyeludupan,
masalah dadah, masalah warga asing, penculikan dan serangan lanun. Insiden
pencerobohan di Tanduo pada tahun 2013 telah meninggalkan kesan trauma kepada
penduduk di Tambisan, Lok Buani dan FELDA Sahabat. Perkara ini dipersetujui
oleh Markus Sungkiam, salah seorang penduduk di kawasan ini yang ditemubual
yang menyatakan kawasan gugusan Felda Sahabat ini dahulu merupakan kawasan yang
terkenal dengan aktiviti lanun atau mundu, terutamanya dari selatan Filipina. Malahan
semasa berlakunya insiden pencerobohan Tanduo pada 2013, ramai penduduk yang
menyangkakan bahawa ianya merupakan satu lagi serangan lanun di kawasan tersebut.[46]
Oleh itu, tidak
menghairankan persepsi penduduk di kawasan ini yang melihat bahawa kehadiran
pihak tentera di kawasan ini penting adalah kerana ia mampu mengurangkan
kebimbangan insiden seperti pencerobohan Tanduo daripada berulang semula dan
juga dalam masa yang sama ia mampu mengekang masalah-masalah lain seperti
perlanunan, rompakan laut, membentras jenayah dan juga mengelakkan daripada
berlakunya jenayah yang dilakukan oleh warga asing di kawasan ini. Hal ini
kerana sebelum penubuhan ESSCOM, hanya terdapat sejumlah pos-pos kecil tentera
dan polis yang terdapat di kawasan ini dan ia tidak efektif dalam menjamin
keselamatan penduduk di kawasan ini. Lebih membimbangkan apabila anggota
keselamatan atau polis bantuan Felda hanya dibekalkan shotgun yang tidak mempunyai peluru selain anggota Rela yang hanya
terdiri daripada golongan warga tua yang hanya dibekalkan dengan cota sahaja.[47]Kesemua
keadaan ini merupakan alasan utama kenapa penduduk di kawasan ini sangat
memerlukan kepada kehadiran tentera dan pihak berkuasa lain di kawasan mereka.
Berdasarkan
kepada kajian yang dijalankan ini juga mendapati bahawa walaupun kehadiran
pihak berkuasa yang tinggi di kawasan ini melalui kehadiran ESSCOM, namun
mereka melihat bahawa penubuhan ESSCOM ini tidak akan mampu mengatasai beberapa
masalah penduduk di kawasan terbabit. Dalam hal ini, sebanyak 83.33 peratus responden
menyatakan bahawa masalah pendatang asing sukar diselesaikan di kawasan mereka
walaupun ESSCOM telah diwujudkan. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden
melihat ESSCOM di kawasan mereka masih sukar mengatasi masalah pendatang asing.
Salah seorang responden menyatakan bahawa masa yang panjang diperlukan untuk
mengatasi masalah pendatang ini kerana masalah ini telah lama wujud iaitu semasa
pembukaan petempatan Felda Sahabat lagi. Pada tahun 1986 apabila kawasan ini
mula diterokai, petempatan Felda Sahabat memerlukan sekurang-kurangnya 4,000 orang
pekerja bagi memenuhi permintaan untuk melaksanakan proses pembangunan di kawasan
ini.Pada masa itu, pihak Felda berjaya memperoleh pekerja asing yang berasal
dari Indonesia dan selatan Filipina yang kebanyakannyatidak mempunyai permit
kerja yang sah untuk memenuhi keperluan buruh di kawasan ini.[48]Oleh
itu, kebergantungan kepada tenaga kerja asing adalah sangat tinggi di kawasan
ini. Malahan sehingga ke hari ini pekerja asing merupakan sumber tenaga buruh utama
kepada ladang-ladang Felda yang terdapat di kawasan ini.Oleh itu, jatuh-bangun Felda
banyak ditentukan oleh jumlah tenaga kerja yang menjadi tulang belakang kepada sektor
perladangan ini.
Pada tahun 2008
sahaja, ladang Felda Plantation Sdn Bhd memerlukan sekurang-kurangnya 10,524
orang tenaga buruh untuk ladang yang berkeluasan 106,919 hektar. Pada ketika
itu Felda hanya mempunyai seramai 7,688 orang tenaga buruh di mana 6975 orang
adalah pekerja asing dan 713 orang adalah pekerja tempatan.[49]Malahan
kebergantungan ini juga tidak hanya kepada syarikat Felda mengusahakan
beribu-ribu hektar tanah, tetapi ia turut berlaku kepada peneroka Felda di
kawasan ini. Hal ini dengan jelas menunjukkan penggunaan yang besar buruh asing
yang sangat mendesak di kawasan ladang-ladang yang terdapat di kawasan ini.
Keadaan ini tidak mengambilkira keperluan pekebun-pekebun kecil di kawasan ini serta
sektor perikanan yang turut sama bergantung kepada tenaga kerja asing di
kawasan ini. Dengan kata lain, selagi kebergantungan tenaga kerja asing di sektor-sektor
utama yang menjadi nadi utama ekonomi ini berterusan di kawasan ini secara
khususnya, dan Sabah secara amnya, selagi itulah masalah pendatang kerja asing
tidak akan dapat diselesaikan. Hal yang sama turut di alami dalam kalangan
komuniti yang berada di kawasan ini di mana persepsi bahawa ESSCOM tidak dapat
menyelesaikan beberapa masalah di kawasan ini adalah disandarkan oleh
faktor-faktor kebergantungan penduduk-penduduk kampung ini ke atas tenaga kerja
asing luar. Dengan kata lain, tanpa tenaga kerja ini, maka ekonomi syarikat
besar dan penduduk-penduduk di kawasan ini akan mengalami masalah yang besar.
Selain itu, satu
lagi isu yang perlu diambil perhatian apabila memperkatakan mengenai
keselamatan di kawasan ESSZONE ini adalah berkait dengan penyeludupan. Ini
kerana kedudukan kawasan ini yang berada di pesisir pantai mengadap kearah
Filipina sering memudahkan aktiviti penyeludupan di kawasan ini. Oleh itu, salah
satu isu yang utama di kawasan ini adalah berkait dengan isu penyeludupan
barang-barang sama ada dari Filipina (seperti dadah, rokok dan sebagainya) atau
Malaysia (seperti gula, minyak dan barang-barang subsidi lain. Dengan penubuhan
ESSCOM, ramai pihak menjangkakan isu penyeludupan merupakan satu isu yang akan
dapat diselesaikan di kawasan ini. Ini kerana, penubuhan ESSCOM akan dapat
menyekat kesemua aktiviti-aktiviti tersebut.
Dalam hal ini,
seramai 73.61 peratus responden menyatakan bahawa penyeludupan barang di
kawasan mereka sukar diselesaikan.Persepsi penduduk ini didorong oleh kedudukan
Felda Sahabat dan kawasan sekitarnya yang berhampiran dengan Filipina. Sebagai
contoh, kampung Tanjung Labian, Tambisan, Felda Sahabat dan Lok Buani antara
kawasan yang berhampiran dengan Filipina. Malahan dalam keadaan cuaca yang
cerah, Filipina dapat dilihat daripada beberapa kawasan pesisir pantai di kawasan ini.[50]Jarak
petempatan yang berdekatan dengan Filipina antara punca utama isu penyeludupan
mudah dijalankan. Selain itu, salah seorang responden menyatakan bahawa
wujudnya pelbagai lorong-lorong tikus di kawasan ini yang menyebabkan aktiviti
penyeludupan sukar di atasi. Selain itu, wujudnya permintaan yang tinggi
terhadap barangan Malaysia di Filipina atau barangan Filipina di Malaysia
meningkatkan lagi kecenderungan untuk menjalankan aktiviti ini. Di kawasan ini
misalnya terdapat penduduk tempatan yang menjual barang bagi mengaut
keuntungan, barang-barang seperti beras, minyak masak, petrol, tepung dan gula
antara barangan yang mendapat permintaan tinggi dari Filipina.[51]Oleh
itu, tidak menghairankan apabila wujudnya persepsi yang melihat bahawa isu ini
tidak akan dapat diselesaikan walaupun ESSCOM telah diwujudkan.
Oleh itu, secara
keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa penduduk di gugusan Felda melihat
bahawa kehadiran ESSCOM di kawasan mereka akan memberikan kesan yang besar
kepada keselamatan penduduk di kawasan ini. Dengan kata lain, mereka melihat
bahawa ESSCOM berjaya berfungsi dengan baik dalam menjamin keselamatan
penduduk. Hal ini tidak menghairankan kerana selepas berlakunya insiden Tanduo
pada 2013, penduduk di kawasan ini tidak pernah mengalami masalah penculikan,
rompakan di laut dan sebagai. Ini menjadi testimoni yang paling penting dalam
melihat kejayaan ESSCOM dalam menjamin keselamatan di kawasan ini. Penduduk
dalam masa yang sama tidak lagi berasa bimbang akan keselamatan mereka sama ada
daripada ancaman dalaman atau luaran kerana kehadiran tentera yang tinggi di
kawasan ini. Malahan terdapat beberpa individu yang ditemubual menyatakan
bahawa ESSCOM bukan sahaja akan memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk,
tetapi kehadiran anggota tentera yang ramai di kawasan ini akan mengubah
lanskap ekonomi dan menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan kerana
peningkatan jumlah anggota tentera dan penduduk di kawasan terbabit.
Kesimpulan
Berdasarkan
kepada perbincangan di atas, jelas menunjukkan wujudnya perbezaan persepsi
antara komuniti ESSZONE di Lahad Datu dengan persepsi masyarakat luar mengenai peranan
dan fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan negeri Sabah.Komuniti ESSZONE di
Lahad Datu menerima kehadiran anggota ESSCOM kerana mereka melihat ESSCOM sebagai
satu mekanisma dalam menjamin keselamatan penduduk di sempadan yang dahagakan
elemen-elemen keselamatan yang selama ini kurang diberikan penekanan.Hal ini
kerana, dalam kalangan komuniti ESSZONE di gugusan Felda Sahabat melihat bahawa
penubuhan ESSCOM merupakan satu jaminan keselamatan di kawasan mereka. Hal ini
berbeza dengan persepsi masyarakat luar yang dilihat hanya tahu mengkritik dan tidak
pernah menyelami perasaan penduduk yang terkesan akibat ancaman keselamatan di
kawasan terbabit. Penulis dalam hal ini melihat bahawa persepsi komuniti
ESSZONE ini seharusnya menjadi keutamaan ESSCOM dalam menentukan dasar dan hala
tuju institusi keselamatan tersebut. Dengan kata lain, ESSCOM walaupun dikritik
oleh ramai pihak luar, namun hakikatnya institusi ini telah berjaya mencapai
matlamat dan fungsi penubuhannya iaitu menjamin keselamatan penduduk di kawasan
pantai Timur Sabah. Ini dapat dilihat daripada peratusan yang tinggi apabila
isu-isu berkait dengan keberkesanan dan kejayaan ESSCOM dalam memulihkan
semangat penduduk di kawasan ini yang amat terkesan akibat daripada insiden
pencerobohan Tanduo. Namun, beberapa perkara lain turut perlu diperbaiki
terutamanya dalam ‘merakyatkan ESSCOM’ dan menjadikan organisasi ini sebagai
satu badan yang berkhidmat untuk masyarakat seterusnya mewujudkan hubungan yang
rapat dengan penduduk bagi memastikan kelangsungannya dan kejayannya sebagai
satu organisasi yang boleh diterima penduduk di di gugusan Felda Sahabat secara
amnya dan wilayah ESSZONE secara amnya, seterusnya menjamin keselamatan negeri
Sabah secara keseluruhannya.
RUJUKAN
“Backpackers
Operators Association also slams Nazri”, Borneo
Post, 21 Nov. 2014
“ESSCOM failed, DG must go”, The Free Malaysia Today, 3 April 2014
“Esscom really a
toothless tiger?”, The Malaysian Insider,
6 April 2014
“ESSCOM, ESSZONE
not a vote-fishing scheme”, The Borneo
Insider, 3 Apr. 2013
“ESSZONE kurang
baik untuk jangka panjang”, Harian
Express, 13 April 2013
“Kit Siang,
Pakatan trio to probe into effectiveness of Sabah maritime force”, The Malaysian Insider, 15 Apr. 2014
“Media statement
by Chan Foong Hin in Semporna on Thursday”, DAP
Malaysia, http://dapmalaysia.org/, 3rd April 2014
“Najib on 4
aspects Esscom cannot compromise on”, Daily
Express, 14 Apr. 2013
“Patriotisme mampu pertingkat keselamatan Sabah”, Berita Harian, 10 Mei 2014
“Pencerobohan
makin serius di perairan Sabah, ESSCOM terbukti gagal”, Rocketkini.com, 8 April 2014
“Penculikan di
pantai timur Sabah: Muhyiddin kecewa dah labur RM300 juta pada ESSCOM,
keselamatan Sabah masih terancam,” Harian
Metro, 29 September 2014.
“Penubuhan
ESSCOM langkah bijak”, Utusan, 24
Sept. 2014
“People
questioning ESSCom’s effectiveness - Lajim”, Borneo Post, 17 July 2014
“Polis Isytihar
Perintah Berkurung di Enam Daerah ESSZONE”, ESSCOM
Times, esscom.gov.my/ diakses pada 19.10.2014.
“Sabah foreign
intrusion proves failure of Putrajaya’s security zone, opposition says”, The Malay Mail, 16 Nov. 2013
“Sabah security
zone failed, so seek UN’s help, Putrajaya told”, The Malaysian Insider, 19 Nov. 2013
“Satu Lagi Kes
Penculikan Berlaku di Kawasan Pantai Timur Sabah”, Astro Awani, 29 Sept. 2014.
“Security area to be called ‘Esscom’”, Borneo Post, 12 March 2013
“Taiwan Media: Chang An-wei’s Family Paid
RM800,000 Ransom”, The Rakyat Post,
21 Dec 2014, http://www.therakyatpost.com
“TPM kecewa ESSCOM belum mampu kekang
penculikan”, Borneo Post, 08 Mei 2014
“Zahid: Foreign
vessels to follow designated routes off east coast of Sabah”, The Star, 07 May 2014
Chong Sin Woon,
“Press Statement by MCA National Youth Chief YB Chong Sin Woon slam abductions
in Sabah”, http://www.mca.org.my/, 7 May 2014
En. Kamal.
Temubual, 8-14 September 2014.
En. Markus,
Temubual, 8-14 September 2014.
En. Saharani,
Temubual, 8-14 September 2014.
ESSCOM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah,
Buletin Esscom, April-Oktober 2013, (Kota Kinabalu: Jabatan Cetak Kerajaan,
2013).
Faizul Ramli, Implementasi Mekanisasi di Ladang Sawit di
Sabah: Amalan dan Masalah, (Disertasi, Universiti Malaysia Sabah, 2010),
hlm.7.
Hasbullah Awang
Chik, “Ahli Parlimen BN Sabah desak Esscom dibubarkan”, The Malaysian Insider, 07 April 2014
Hj Ahmad,
Temubual, 8-14 September 2014.
James Collins, Ramli Dollah & Zaini
Othman, “Pengaruh Persekitaran Fizikal Geografi Terhadap Keterancaman
Persempadanan Pantai Timur Sabah”, manuskrip yang tidak diterbitkan, 2014
Kajian
lapangan pada 8 - 14 September 2014,
FELDA Sahabat.
Kamus Dewan Edisi Ketiga,
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), hlm.1025.
Liana Amin, Persepsi Masyarakat Terhadap Dominasi Gender
dalam Bidang Perhubungan Awam, (Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah, 2008), hlm. 11.
Mohd Najib Tun
Haji Abdul Razak, Ucapan Bajet Tahun 2015, (Dewan
Rakyat, 10 Oktober 2014)
Mohd Zambri bin
Suharani, Sejarah Komuniti Peneroka di
FELDA Sahabat (1979-2010), (Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Sabah: Kota
Kinabalu, 2010) hlm.67
Muguntan Vanar,
“Esszone curfew extended till Jan 9”, The
Star, 24 Dec. 2014
Nazri Abdullah
“Ghafur desak Junaidi letak jawatan, bubar Esscom”, Harakahdaily, 07 April 2014
Ramli Dollah,
Lanun atau Mundu Di Sabah, Jati, (bil.9, Disember 2004),
Rashidah Binti
Kalipunya, Persepsi Penduduk Bandar raya
Kota Kinabalu Terhadap Kempen Kitar Semula, (Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah, 2007)
Shamsul Bahrin
dan Lee Boon Thong, FELDA 3 Decades of
Evolution, (Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 1988),
[1]Makalah ini berdasarkan
penelitian pasukan penyelidik Fakulti Kemanusiaan, Universiti MalaysiaSabah
melalui geran ERGS (ERGS0018-PK-1/2012) yang dibiayai oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah bertajuk ‘Masyarakat Sempadan dan
Keselamatan Nasional’. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih keapda semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.
[2] Liana Amin, Persepsi Masyarakat Terhadap Dominasi Gender dalam Bidang Perhubungan
Awam, (Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah,2008), hlm.
11.
[4] Rashidah Binti Kalipunya, Persepsi Penduduk Bandar raya Kota Kinabalu
Terhadap Kempen Kitar Semula, (Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti
Malaysia Sabah,2007),hlm.9.
[5] “Security area to be called
‘Esscom’”, Borneo Post, 12 March 2013
[6] “ESSZONE dan ESSCOM”, ESSCOM Times,
[7] “ESSZONE dan ESSCOM”, ESSCOM Times,
[8] Untuk
keterangan lanjuta mengenai latarbelakang dan keluasan wilayah ESSZONE ini,
lihat James Collins, Ramli Dollah & Zaini Othman, “Pengaruh Persekitaran
Fizikal Geografi Terhadap Keterancaman Persempadanan Pantai Timur Sabah”,
manuskrip yang tidak diterbitkan, 2014
[9] “ESSCOM, ESSZONE not a
vote-fishing scheme”, The Borneo Insider,
3 Apr. 2013
[10] “Najib on 4 aspects Esscom
cannot compromise on”, Daily Express,
14 Apr. 2013
[11] Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,
Ucapan Bajet Tahun 2015, (Dewan Rakyat,
10 Oktober 2014), hlm.51
[12] Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,
Ucapan Bajet Tahun 2015, hlm. 34.
[13]“Satu Lagi Kes Penculikan Berlaku
di Kawasan Pantai Timur Sabah”, Astro
Awani, 29 Sept. 2014. Lihat juga “Penculikan di pantai timur Sabah:
Muhyiddin kecewa dah labur RM300 juta pada ESSCOM, keselamatan Sabah masih
terancam,” Harian Metro, 29 September
2014.
[14]“Taiwan Media: Chang An-wei’s
Family Paid RM800,000 Ransom”, The Rakyat
Post, 21 Dec 2014, http://www.therakyatpost.com
[15]“Zahid: Foreign vessels to follow
designated routes off east coast of Sabah”, The
Star, 07 May 2014
[16] Gao dan Dayawan dibebaskan pada
30 mei Makala Yang dibebaskan pada 9 Julai July 9, kedua-duanya di Jolo. Chan
dibebaskan pada 10 Disember.
[17] Sehingga artikel ini ditulis,
perintah berkurung dari pukul 7 petang hingga ke 6 pagi yang diumumkan untuk setiap
2 minggu ini telah memasuki fasa yang ke-10dan akan dilanjutkan sehingga 9
Januari 2015. Muguntan Vanar, “Esszone curfew extended till Jan 9”, The Star, 24 Dec. 2014
[18] ESSCOM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, Buletin Esscom,
April-Oktober 2013, (Kota Kinabalu: Jabatan Cetak Kerajaan, 2013).
[19] “Penubuhan ESSCOM langkah
bijak”, Utusan, 24 Sept. 2014
[20] “ESSZONE kurang baik untuk
jangka panjang”, Harian Express, 13
April 2013
[21]“Backpackers Operators
Association also slams Nazri”, Borneo
Post, 21 Nov. 2014
[22] “Sabah foreign intrusion proves
failure of Putrajaya’s security zone, opposition says”, The Malay Mail, 16 Nov. 2013
[23] “Sabah foreign intrusion proves
failure of Putrajaya’s security zone, opposition says”,
[24] “Sabah security zone failed, so
seek UN’s help, Putrajaya told”, The
Malaysian Insider, 19 Nov. 2013
[25] “ESSCOM failed, DG must go”, The Free Malaysia Today, 3 April 2014
[26] “Media statement by Chan Foong
Hin in Semporna on Thursday”, DAP
Malaysia, http://dapmalaysia.org/, 3rd April 2014
[27] “Esscom really a toothless
tiger?”, The Malaysian Insider, 6
April 2014
[28]“Pencerobohan makin serius di
perairan Sabah, ESSCOM terbukti gagal”, Rocketkini.com,
8 April 2014
[29] “Kit Siang, Pakatan trio to
probe into effectiveness of Sabah maritime force”, The Malaysian Insider, 15 Apr. 2014
[30] Lihat misalnya kekecewaan yang
ditunjukkan oleh TPM, Muhyiddin Yassin apabila mengula mengenai insiden
penculikan yang berterusan di kawsan ini. “TPM kecewa ESSCOM belum mampu kekang
penculikan”, Borneo Post, 08 Mei 2014
[31]Hasbullah Awang Chik, “Ahli
Parlimen BN Sabah desak Esscom dibubarkan”, The
Malaysian Insider, 07 April 2014 dan Nazri Abdullah “Ghafur desak Junaidi
letak jawatan, bubar Esscom”, Harakahdaily,
07 April 2014
[32]“Patriotisme mampu pertingkat keselamatan Sabah”, Berita Harian, 10 Mei 2014
[33]Chong Sin Woon, “Press Statement
by MCA National Youth Chief YB Chong Sin Woon slam abductions in Sabah”,
http://www.mca.org.my/, 7 May 2014
[34] “People questioning ESSCom’s
effectiveness - Lajim”, Borneo Post,
17 July 2014
[35] Makalah ini merujuk Gugusan
Felda Sahabat sebagai kawasan yang berada dalam kawasan Felda Sahabat dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Oleh itu, walaupun beberapa kampung di kawasan ini
tidak termasuk dalam sector perladangan yang dimiliki oleh Felda Sahabat,
misalnya Tungku, Tambisan, Lok Buani, Tanduo dan beberapa kawasan lain, namun
makalah ini akan menggunakan Gugusan Felda Sahabat untuk merujuk
kawasan-kawasan ini.
[36] Gugusan Felda Sahabat ini
merupakan kawasan di mana insiden pencerobohan Tanduo ini berlaku. Walaupun
pengkaji turut melawat ke kawasan di mana berlakunya insiden Tanduo ini, namun lanjutan
daripada peristiwa tersebut, penduduk-penduduk di kawasan ini telah dipindahkan
oleh kerajaan (atau berpindah secara sukarela) ke kawasan-kawasan lain di
sekitarnya. Malahan terdapat penempatan semula yang baru diwujudkan oleh
kerajaan untuk menempatkan semula penduduk di kawasan yang lebih tersusun.
[37] Temubual bersama En. Saharani, 8-14
September 2014.
[38] Temubual bersama En. Markus, 8-14
September 2014.
[39] Temubual bersama En. Kamal.8-14
September 2014.
[40] Tambisan merupakan bahagian yang
paling jauh sekali di gugusan Felda Sahabat ini. Ia merupakan sebuah kawasan
yang terpencil dan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Tambisan Darat dan
Tambisan Pulau.
[41]HjAhmad, Temubual, 8-14 September
2014.
[42] Dalam hal ini perlu diingat
bahawa kehadiran tentera dan pihak berkuasa lain di sesebuah kawasan tidak
bermakna kawasan tersebut akan selamat kerana persepsi penduduk terhadap
kehadiran penguatkuasa ini mungkin berbeza antara satu dengan yang lain – ramai
yang melihat kehadiran penguatkuasa sebagai wujudnya keadaan ‘selamat’ di
sesbuah kawasan, tetapi terdapat juga penduduk yang melihat bahawa kehadiran
penguatkuasa bermaksud kawasan tersebut ‘tidak selamat’. Berdasarkan kehadiran pihak
berkuasa dengan jumlah yang ramai di Kota Kinabalu semasa berlakunya insiden
Tanduo pada 2013 misalnya menambahkan dan meningkatkan kebimbangan penduduk
mengenai keselamatan mereka. Dalam hal ini penduduk mula merasakan bahawa wujud
masalah keselamatan di kawasan terbabit. Malahan terdapat sesetangah penduduk
yang ditemubual bertindak bertindak menyimpan stok beras dan minyak kerana
bimbang keadaan ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
[43]Perintah berkurung
ini dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan,
Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Kawasan yang terlibat
adalah seluas 121,272 batu persegi bermula dari Tanjung Pundaras di Sandakan
sehingga Jeti Tawau di Tawau.
Rujuk “Polis Isytihar Perintah Berkurung di Enam Daerah ESSZONE”, ESSCOM Times, esscom.gov.my/ diakses
pada 19.10.2014.
[44] Mohd Zambri bin Suharani, Sejarah Komuniti Peneroka di FELDA Sahabat
(1979-2010), (Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Sabah: Kota Kinabalu,
2010) hlm.67
[45] Mohd Zambri bin Suharani, Sejarah Komuniti Peneroka di FELDA Sahabat
(1979-2010), hlm.68
[46] Temu bual dengan Markus
Sungkiam, 8-14 September 2014.
[47] Temu bual dengan Markus Sungkiam.8-14
September 2014.
[48]Shamsul Bahrin dan Lee Boon
Thong, FELDA 3 Decades of Evolution, (Universiti
Malaya:Kuala Lumpur,1988), hlm.68
[49] Faizul Ramli, Implementasi Mekanisasi di Ladang Sawit di
Sabah: Amalan dan Masalah,(Disertasi, Universiti Malaysia Sabah,2010),
hlm.7.
[50] Ramli Dollah, Lanun atau Mundu Di Sabah, Jati, (bil.9, Disember 2004),hlm. 226. Rujuk juga Mohd Zambri bin
Suharani, Sejarah Komuniti Peneroka di
FELDA Sahabat (1979-2010), hlm.198.
[51] Kajian lapangan pada 8 - 14 September 2014, FELDA Sahabat.
No comments:
Post a Comment